| |
|||||||||||
|
Kata-kata Aluan PENGERUSI GERAKAN DAYA WAWASAN
Assalamualaikum w.b.t.
Segala puji bagi ALLAH SWT Tuhan Semesta Alam, Selawat dan Salam ke atas junjungan besar NABI MUHAMMAD SAW yang memimpin ke arah jalan lurus dan terang. Tahniah diucapkan kepada pihak Urusetia keranan berjaya menerbitkan Buku Profil Kampung Kok Pasir bagi tahun 2007 ( Sempena Penilaian ADC Peringkat Negeri Kelantan 2007). Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak Urusetia kerana memberi peluang dan kesempatan untuk saya merakamkan sepatah dua kata dalam ruangan ini. Penerbitan buku ini memberi peluang untuk kita sama-sama menatap dan menjadi rujukan pada masa depan tentang segala kejayaan serta kecemerlangan Kampung Kok Pasir. Pencapaian yang telah digapai adalah berkat usaha, komitmen dan semangat berterusan penduduk kampung ini. Ia telah menjadi amalan sejak dari dulu lagi. Saya amat berbangga dengan usaha AJK dan penduduk kampung dalam menerbitkan Buku Profil Kampung ini. Demi mencapai matlamat desa cemerlang, Falsafah Pembangunan Luar Bandar perlu dijadikan tunjang utama kepada kita semua. Peningkatan kualiti hidup, pembangunan modal insan, pendidikan seumur hidup, pembangunan ekonomi dan akses rangkaian elektronik teknologi maklumat perlu diberi perhatian oleh penduduk kampung. Maka, kita semua hendaklah bangun dan bersama-sama berganding bahu berpimpin tangan menyahut cabaran ini. Akhir kata, saya menyeru seluruh warga Kampung Kok Pasir agar terus berusaha demi kesejahteraan dan kemajuan diri, keluarga, masyarakat, kampung, agama dan negara. Semoga kita semua diberkati ALLAH SWT dan menjadi insan yang beriman. Sekian, terima kasih. MUHAMMED SALLEH BIN MAMAT Pengerusi Gerakan Daya Wawasan Kampung Kok Pasir
|
||||||||||