Menu

 

   Maklumat Kampung
   Profil Kampung Kok Pasir
   Pengurusan Kampung
   Pendidikan
   Ekonomi
   Keceriaan dan Keindahan
   Kesihatan dan Kebersihan
   Kerohanian dan Sivik
  Teknologi Maklumat
  Tabung Khairat
   
   Pautan

   Kokpasir.com 

   Pesisir.net

   SMK Berangan

   Keluarga Wan Nuh

   Giantproduct
   E-kedai.biz


   Laman /Blog  Sahabat
   Manzaidi
   Anuar Musa
   Hashim Latiff
   Eziz Shukman
   Zakaria Busu
   Tintarona
   Wazam
   Nazmi
   Ramo
   Ejoe
   Perintis
   Pusat Pembangunan ICT
   
  
  Pautan untuk rujukan
   Akhbar Online



Free shoutbox @ ShoutMix

        TABUNG KHAIRAT DAN KEBAJIKAN

          KAWASAN RUKUN TETANGGA (KRT)  MUKIM KOK PASIR,

TUMPAT, KELANTAN

 

                  

Sejarah Penubuhan 

            Tabung khairat telah diasaskan bermula tahun 1997 di bawah Pertubuhan     Gerakan Belia 4B ( M ) Cawangan Kampung Kok Pasir. Walaubagaimanapun,     bermula tahun 2005, pengurusan tabung khairat telah ditukar dan diletakkan di        bawah badan induk baru iaitu Kawasan Rukun Tetangga Mukim Kok Pasir.      Namun, ia diurus secara berasingan daripada badan induk dan mempunyai struktur organisasi sendiri sejak awal penubuhannya lagi. 

Penstrukturan semula yang dilakukan telah berjaya menarik keyakinan penduduk kampung terhadap pengurusan operasi tabung ini. Perlantikan pemimpin dikalangan penduduk kampung yang dihormati dan disegani sebagai Exco dan Ketua Sektor amat mempengaruhi setiap sektor dibawah seliaan serta situasi semasa. Ia ditubuhkan bukan bertujuan keuntungan tetapi membantu meringankan perbelanjaan pengkebumian bagi setiap kematian dalam sesebuah keluarga ahli. 

Exco dan Ahli Jawatankuasa                       

Penasihat

Hj. Hanafee bin Yusoff

Pengerusi Tabung/KS 5

Hj. Che Kasim bin Husain

Bendahari

Sidi Ahmad bin Yusof

Setiausaha

Ramle bin Ismail

Penolong Setiausaha

Hamzah bin Mat Said

Ketua Sektor 1

Che Soh bin Haron

Penolong Ketua  Sektor 1

Uziyah Ab. Rahman

Ketua Sektor 2

Muhammed Salleh bin Mamat

Ketua Sektor 3

Hj. Yusoff bin Ismail

Ketua Sektor 4

Wan Hashim bin Wan Ismail

Penolong ketua Sektor 4

Harun bin Awang Sulaiman

Penolong ketua Sektor 5

Ridhwan bin Ahmad Raffin @ Rafaei

Ketua sektor 6

Muhammad bin Che Abdullah

Ketua Sektor 7

Che Mat Arifin bin  Che Jaeh

Penolong Ketua Sektor 7

Nazir bin Yaacob

Ketua Sektor 8

Che Aziz bin Che Megat

Ketua Sektor 9

Mohd Marzuki bin Hassan

Penolong Ketua Sektor 9

Abd. Ghani bin Yusoff

Ketua sektor 10

Abdullah bin Omar

Penolong ketua Sektor 10

Adnan Abdullah

Ketua Sektor 11

Abdullah bin Ibrahim

Penolong ketua Sektor 11

Yaakub bin Hj. Yusoff

Ketua Sektor 12

Zakaria bin Abdullah

 Ahli Jawatankuasa

 

 

Hj. Mahmood bin Yahya

Ahli Jawatankuasa

Mohd Sabri bin Yusoff

Ahli Jawatankuasa

Hj. Wan Yaacob bin Wan Deraman

 Objektif 

            Membantu meringankan beban perbelanjaan pengkebumian bagi setiap        kematian yang melibatkan ahli dan keluarga ahli tabung kebajikan. 

Matlamat 

          Membekalkan peralatan pengurusan jenazah kepada penduduk kawasan      sekitar kampung yang menjadi ahli atau bukan ahli tabung kebajikan jika berlaku   kematian.

  Keahlian 

          Keahlian tabung khairat sentiasa ada peningkatan setiap tahun. Terdapat      seramai 26 orang Ahli Jawatankuasa dalam  pertubuhan ini. Sehingga bulan Julai            2007 seramai 252 bilangan orang ahli telah mendaftar. Keahlian adalah terbuka             kepada semua penduduk kampung.

 

Tabung Terakhir ( Penyata Kewangan ) 

            RM  7,994.80  - Akan berubah dari masa ke semasa .. 

Kegiatan dan Aktiviti 

Membuat dan menyiapkan keranda jenazah sepanjang tahun bergantung kepada jumlah kematian dalam tahun tersebut. Pihak pengurusan telah melantik Hj Yusoff bin Ismail untuk memegang tanggungjawab ini. Keranda yang telah siap akan disumbangkan secara percuma kepada ahli dan keluarga ahli berdaftar jika berlaku kematian. Bagi bukan ahli berdaftar, ia dijual mengikut harga pasaran semasa bergantung kepada saiz untuk kanak-kanak dan orang dewasa.  

Membuat, menyiap dan mengukir belindan serta batu nesan binaan konkrit berdasarkan permintaan waris si mati untuk diletakkan di kubur si mati. Perusahaan ini dijalankan di tapak Perkuburan Tok Selehor, Kg Kok Pasir. Ia dijual mengikut harga pasaran semasa kepada ahli dan bukan ahli Tabung Khairat KRT Mukim Kok Pasir. 

Membekalkan kain kapan, kapur barus dan lain-lain bahan yang diperlukan untuk urusan memandi dan mengkafankan jenazah. Balu kepada Allahyarham Abdullah bin Yusof telah diberi tanggungjawab untuk menyedia dan membekalkan bahan-bahan serta peralatan ini. Ia juga dijual kepada orang ramai yang bukan ahli, manakala ahli mendapat bekalan secara percuma jika berlaku kematian kepada ahli atau keluarganya. 

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa dan pungutan yuran setiap dua bulan sekali. 

Program ziarah.