| |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
ASPEK KEROHANIAN DAN SIVIK Organisasi - Untuk lihat carta organisasi Aspek kerohanian Dan Sivik Matlamat
Menyemai nilai- nilai keperibadian Islam yang tinggi dalam setiap diri individu penduduk Kampung Kok Pasir tanpa mengira peringkat usia.
Tujuan
Kemudahan Asas berkaitan kerohanian dan sivik
Masjid - Sebuah Madrasah - Lapan buah Telefon awam - Sebuah Tapak perkuburan - Dua buah Dewan orang ramai - Sebuah Sekolah - Sebuah Pra-sekolah - Enam buah Klinik desa - Sebuah Balairaya - Sebuah
Aktiviti
Jadual Kuliah Agama di Masjid Kok Pasir
Selain daripada kuliah di atas, majlis ilmu juga diadakan dikebanyakan madrasah disekitar Kampung Kok Pasir seperti Madrasah Hj Adam, Tok Ayah, Tok Selehor dan Madrasah Abang Lah. Golongan sasaran adalah penduduk Kampung Kok Pasir yang keseluruhannya beragama Islam.
Pusat –pusat pengajian Al-Quran untuk kanak-kanak
Kelas-kelas pengajian Al-Quran dikendalikan oleh beberapa orang guru. Kelas ini diadakan kebanyakkannya di rumah guru terbabit. Antara tempat pengajian tersebut ialah :-
i) Hajah Zainab bt Kassim ii) Hajah Naimah bt Hj Ab Rahman iii) Hj. Yakub bin Hj Karim iv) Rahmah bt Harun v) Hj Yusoff bin Ismail
Kelas pengajian ini diadakan setiap hari kecuali pada hari Khamis malam Jumaat.
Aktiviti lain
1. Ibadat Korban – sering dilaksanakan pada setiap kali perayaan Hari Raya Korban di Masjid, Pondok Darul Hanan dan Madrasah tertentu.
2. Majlis Assyura – setiap madrasah dan masjid akan membuat bubur Assyura sempena menyambut tahun baru Islam bertujuan mengeratkan silaturahim antara kariah dan anak mukim serta merapatkan hubungan antara pemimpin dengan anak mukim.
3. Maulidur Rasul – menjelang bulan Rabiul Awal, hampir setiap rumah penduduk akan mengadakan majlis ini. Di masjid dan madrasah pula diisi dengan program ceramah dan kuliah disamping acara sambutan kenduri.
4. Mengadakan Qiamullai sempena malam Lailatul Qadar dan sepuluh terakhir Ramadhan pada hari-hari tertentu.
5. Aktiviti sambutan Israk Mikraj.
6. Program khatam Al-Quran.
Kesedaran sivik
Perlu ada dalam setiap diri individu tanpa mengira usia. Ia sangat penting dalam memupuk nilai-nilai murni dan cakna kepada keadaaan sekeliling terutama masalah masyarakat kampung.
YAYASAN DARUL HANAN
Anggota Pemegang Amanah Yayasan Darul Hanan
Pengerusi - Dato’ Haji Dusuki Hj. Ahmad Setiausaha - Haji Daud bin Sulaiman Bendahari - Haji Mohamad bin Ismail Anggota - YB Dato’ Ramzi bin Abdul Rahman Datin Nik Nooraini bt Yahya Hajah Zakiah bt Zaid Suhaimi bin Hj. Idris Haji Mohd Zain bin Abu Bakar
Latar belakang
Suatu masa dahulu Kampung Selehor adalah antara kampung yang tersohor di Kelantan, kerana adanya sebuah sekolah sistem pondok yang dipimpin oleh al-marhum Tuan Guru Hj. Abdul Rahman bin Othman (1917 – 1935) yang dikenali ramai dengan nama Tok Selehor.
Sekarang pengajian agama menurut sistem sekolah pondok sudah tidak mendapat tempat lagi. Di atas keruntuhan itu cucu-cucu dan waris-waris al-Marhum Tok Selehor bermuafakat mendirikan rumah-rumah kecil berbentuk pondok untuk ditempatkan warga tua di atas tapak pondok selehor itu.
Tujuan
Membantu warga tuan yang tidak berwaris. Memanfatkan masa lapang mereka dengan aktiviti agama. Memberi sokongan emosi dan kaunseling Mengukuhkan kegiatan beribadah, riadah dan rekreasi Menanamkan rasa ehsan dan perihatin masyarakat kepada warga tua.
Usaha kebajikan ini mendapat sokongan ramai dengan menyumbangkan derma, khususnya murid kelas-kelas agama pimpinan Datin Nik Nooraini Yahya. Lantaran itu pada 17 November 1999 pendaftaran Yayasan Darul Hanan dibuat dan nombor pendaftarannya ialah 499140P.
Pondok-pondok yang dibina sebanyak 5 blok dengan 40 bilik dengan ditempatkan seramai 40 orang warga tua yang tidak berwaris. Umur mereka melebihi 60 tahun dan tidak berpenyakit. Sebilangan daripada penghuni di sini mendapat bantuan bulanan daripada Pejabat Kebajikan Masyarakat dan sebahagiannya ditanggung oleh Yayasan Darul Hanan.
Aktiviti Penghuni.
- Mengerjakan ibadah khusus secara berjemaah. - Bertadarus Al-Quran. - Mendalami ilmu berhubung dengan fardu ain dan akidah. - Mengadakan program lawatan dan ziarah ke tempat-tempat yang difikirkan munasabah.
Anak-Anak Yatim dan Orang Miskin
Sekarang seramai 164 orang anak yatim mendapat bantuan Yayasan Darul Hanan. Mereka ditanggung secara bulanan oleh ibubapa angkat masing-masing yang diurus dan diselaraskan oleh pentadbiran Yayasan Darul Hanan. Mereka ini terus tinggal bersama keluarga asal mereka disebabkan Yayasan Darul Hanan belum mempunyai asrama yang sesuai untuk mereka dan masih mencari dana yang mencukupi bagi menyelenggarakan kehidupan mereka di asrama.
Walau bagaimanapun mereka dari masa ke semasa dikumpulkan di Darul Hanan bagi mengetahui perkembangan kehidupan dan kemajuan pelajaran mereka dengan kerjasama pihak sekolah tempat mereka belajar .
Bantuan dan Derma
Telah menjadi kelaziman pada setiap kali menjelang bulan Ramadan dan awal Syawal, Yayasan Darul Hanan sering menerima bantuan dan derma daripada orang ramai atau badan-badan tertentu. Bantuan ini telah memeriahkan suasana Ramadhan dan Hari Raya bagi anak-anak yatim dan Warga Tua di sini.
Pada hari raya korban pula ramai penderma yang memberi sumbangan derma untuk membeli lembu atau kambing bagi tujuan korban. Daging korban itu diagih-agihkan kepada penghuni, anak-anak yatim dan penduduk setempat.
Cadangan
Yayasan Darul Hanan bercadang untuk membina asrama khusus bagi anak-anak yatim dan miskin di atas tanah yang diwakafkan kepada Yayasan Darul Hanan oleh YB Dato’ Noor Zahidi Omar. Tanah itu bersempadan dengan tapak Pondok Tok Selehor seluas kira-kira 2 ekar.
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||