| |
|||||||||||
|
ASPEK KECERIAAN DAN KEINDAHAN
Organisasi - Untuk lihat carta organisasi Aspek Keceriaan Dan Keindahan sila klik di sini
Matlamat
Mewujudkan sebuah kampung yang sentiasa berada dalam keadaan indah dan ceria sepanjang tahun.
Tujuan
1. Memberi kesedaran kepada orang ramai supaya sama-sama bertanggungjawab memajukan kampung sendiri.
2. Menggalakkan kegiatan gotong royong.
3. Membentuk sikap ingin maju, tanpa ada paksaan dari mana-mana pihak dan tidak hanya berharap kepada bantuan daripada kerajaan.
4. Mengeratkan silaturahim antara penduduk.
Aktiviti
1. Mengadakan kerja bergotong royong membersih kiri dan kanan jalan, menanam bunga di kiri dan kanan jalan terutama di kiri dan kanan jalan utama keluar dan masuk kampung.
2. Membuat majlis kerja gotong royong membersih kiri dan kanan jalan di seluruh kampung.
3. Mengadakan gotong royong membersih kawasan tanah perkuburan menjelang bulan puasa.
4. Mengadakan gotong royong membersih kawasan sekitar masjid, surau, balairaya dan padang permainan secara berkala.
5. Membuat kerja-kerja penyelenggaraan pokok-pokok bunga yang ditanam, menggantikan pokok bunga yang mati dengan pokok bunga baru dan melakukan kerja-kerja mencantas dan memangkas dahan-dahan pokok bunga dibawah jagaan Gerakan Daya Wawasan Kampung Kok Pasir serta membaja pokok-pokok bunga supaya kelihatan cantik dan hidup subur.
6. Menggalakkan penduduk bercucuk tanam di tanah lapang terutama di belakang rumah.
7. Menyelenggara binaan arca dan pintu gerbang yang terdapat di kampung supaya berada dalam keadaan baik dan elok setiap masa. Kreativiti Dan Inovasi Penduduk1. Membina dan menyiapkan pintu gerbang
Pintu gerbang telah dibina di jalan masuk/ keluar utama ke/ dari Kampung Kok Pasir berdekatan bengkel kimpalan besi. Bahan yang digunakan untuk membina pintu gerbang diambil daripada sumber asli tempatan seperti akar reribu, kayu terpakai, batang nibung dan lain-lain.
Pintu gerbang diselenggara oleh Ahli Jawankuasa Biro Keceriaan supaya sentiasa dalam keadaaan baik.
2. Replika
Bahan mentah asli daripada tayar besar telah digunakan dan ditempatkan di sebelah kanan dan kiri jalan masuk/ keluar utama berdekatan pintu gerbang.
Di sebelah kiri jalan dari Kampung Kok Keli ke Kampung Kok Pasir ditempatkan tayar besar dengan tulisan ucapan ’’ Selamat Datang Ke Kampong Kok Pasir ’’, manakala di sebelah kanan dari arah yang sama dengan lukisan logo dan tulisan motto ’’ Menuju Kejayaan ’’ Gerakan Daya Wawasan Kampung Kok Pasir.
3. Papan tata atur Kampung Kok Pasir
Papan tata atur penting untuk menunjukkan kemudahan infrastruktur, kawasan pertanian, kawasan perusahaan dan jalan/ lorong di kampung ini.Kepingan besi aluminium digunakan sebagai latar untuk melukis peta kampung dengan penggunaan beberapa jenis cat dan bahan-bahan sampingan lain.
Ia telah didirikan berhampiran pintu gerbang. Hasil kreativiti ahli jawatankuasa dan penduduk kampung telah membantu orang ramai untuk mengetahui kedudukan lokasi tempat yang ingin ditujui dalam Kampung Kok Pasir.
4. Membina dan menyiapkan tiang benderaBahan mentah digunakan untuk membuat dan menyiapkan tiang bendera ialah besi, simen, pasir dan lain - lain bahan untuk binaan tapak konkrit. Ia dibina bagi melambangkan keagungan negara dan bendera persatuan yang dipasang menunjukan semangat bersatu padu dan saling kerjasama dalm menjayakan aktiviti di kampung.Tiang ini dibina di jalan masuk atau keluar utama ke/dari Kampung Kok Pasir. Ia dipasang dengan enam bendera iaitu :-
i) Bendera Malaysia ii) Bendera Kelantan iii) Bendera Kampung Kok Pasir iv) Bendera GDW Kok Pasir v) Bendera KRT Mukim Kok Pasir vi) Bendera GB4B (M) Cawangan Kok Pasir
5. Mercu tanda
Dibina dengan kerjasama pelajar Politeknik Kota Bharu sempena Program Anak Angkat Desa Wawasan IPT. Bahan yang digunakan daripada besi dan bahan mentah untuk binaan konkrit. 6. Papan tanda jalan/ lorong
Bahan mentah yang digunakan untuk membuat dan menyiapkan papan tanda jalan/ lorong di Kampung Kok Pasir berubah mengikut peredaran masa. Kini besi aluminium digunakan sepenuhnya bagi menggantikan kayu supaya tahan lebih lama dan menjimatkan kos penyelenggaraan.
Papan tanda jalan/ lorong penting untuk menyokong fungsi Papan Tata Atur Kampung Kok Pasir.
Antara nama-nama tanda jalan/ lorong yang dibuat ialah:
Cadangan dan pandangan
1. kemudahan tandas awam perlu diberi perhatian kerana permintaan daripada orang ramai di kawasan tapak pasar malam.
2. menambahkan landskap di sudut jalan dan tempat awam
3. meluaskan kawasan tapak pasar malam supaya lebih ramai peniaga dapat menjalankan perniagaan dan mengelakan kesesakan kepada tapak sedia ada.
4. pembinaan pusat rekreasi bagi tujuan riadah dan sukan kepada penduduk kampung terutama riadah keluarga.
“ KEBERSIHAN SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN ” ASPEK KEINDAHAN DAN KECERIAAN//GDW/ADC07
|
||||||||||