| |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
ASPEK KEBERSIHAN DAN KESIHATAN
Organisasi - Untuk lihat organisasi Aspek Kebersihan dan Kesihatan sila klik di sini
Matlamat
Mewujudkan sebuah kampung yang sentiasa berada dalam keadaan bersih dan dijauhi dari jangkitan penyakit.
Tujuan
1. Memberi kesedaran kepada masyarakat betapa pentingnya menjaga kesihatan diri dan persekitaran.
2. Mengekalkan sikap suka tolong menolong.
3. Memastikan penduduk kampung dalam keadaan sihat dengan mengurangkan risiko jangkitan penyakit melalui pencegahan pada peringkat awal.
4. Lawatan dari Jabatan Kesihatan Daerah Tumpat ke kampung ini untuk memberi nasihat dengan cara penjagaan dan amalan kesihatan yang baik.
Aktiviti
1. Mengadakan projek gotong royong membersih kawasan Klinik Desa Kampung Kok Pasir.
2. Bekerjasama dengan Klinik Desa Kampung Kok Pasir untuk pemeriksaan kesihatan terutama kepada ibu-ibu mengandung.
3. Pemeriksaan kesihatan bagi penduduk berumur 55 tahun dan ke atas dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Daerah Tumpat.
4. Program Gaya Hidup Sihat
· Kempen cara hidup sihat
· Ceramah kesihatan
· Program pemeriksaan kesihatan secara berkala oleh Jabatan Kesihatan Kerajaan dan Klinik Swasta secara percuma.
Klinik Desa Kok Pasir
a) Menjalankan kesihatan keluarga · Klinik ibu hamil · Klinik kanak – kanak
b) Menjalankan klinik perancang keluarga
c) Menjalankan pemeriksaaan ibu lepas bersalin
d) Menjalankan perbidanan di rumah · Tunggu atas panggilan
e) Lawatan ke rumah
f) Pesakit luar Rawatan kecemasan, pesakit ringan dan lain-lain
g) Pengurusan klinik Kebersihan kawasan di luar dan di dalam klinik Membersih alat dalam klinik
2. Jadual pemeriksaan kesihatan
Hari Isnin : Pemeriksaan ibu hamil Hari Rabu : Pemeriksaan Kanak-kanak Hari Selasa, Khamis dan Sabtu : Lawatan rumah ke rumah selepas ibu bersalin.
.
5.
Semua penduduk kampung boleh mendapatkan rawatan percuma dan selesa di klinik desa ini.
Kemudahan
1. Sistem bekalan air bersih dan selamat
a. Air paip kerajaan - 135 buah rumah b. Air daripada perigi/ telaga - 213 buah rumah
2. Sistem pelupusan air kumbahan
a. Tandas tarik - 56 buah rumah b. Tandas curah - 325 buah rumah
3. Sistem pembuangan sampah dan sisa pepejal
a. Kaedah bakar dan abu dibuat baja pokok b. Kaedah tanam
4. Penyaluran air buangan ( air limbah )
a. Pejabat Kesihatan Daerah telah bekalkan tangki air limbah kepada 50 orang ketua keluarga mewakili 50 buah rumah sebagai percubaan untuk diaplikasikan.
b. Memandangkan tanah di kampung ini berpasir adalah didapati air mudah menyerap ke tanah dan kebersihannya agak mudah dikawal.
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||