Menu

 

   Maklumat Kampung

   Profil Kampung Kok Pasir
   Pengurusan Kampung
   Pendidikan
   Ekonomi
   Keceriaan dan Keindahan
   Kesihatan dan Kebersihan
   Kerohanian dan Sivik
  Teknologi Maklumat
  Tabung Khairat

   Organisasi GDW

   Biro-Biro GDW

   
   Pautan

   Kokpasir.com 

   Pesisir.net

   SMK Berangan

   Keluarga Wan Nuh

   Giantproduct
   E-kedai.biz


   Laman /Blog  Sahabat
   Manzaidi
   Anuar Musa
   Hashim Latiff
   Eziz Shukman
   Zakaria Busu
   Tintarona
   Wazam
   Nazmi
   Ramo
   Ejoe
   Perintis
   Pusat Pembangunan ICT
   
  
  Pautan untuk rujukan
   Akhbar Online



Free shoutbox @ ShoutMix

 

ASPEK TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

 

Organisasi  -  Untuk lihat carta organisasi Aspek ICT sila klik di sini

 

 

Tugas/ Tanggungjawab

 

1.         Mengumpul data berkenaan ICT dan sumber-sumber ICT di Kok Pasir.

 

2.         Merancang dan menjalankan aktiviti ke arah masyarakat Kok Pasir celik ICT.

 

3.       Mengadakan latihan asas Komputer dan latihan ICT kepada masyarakat setempat dan masyarakat sekitar.

 

4.         Menyebarluaskan maklumat serta aktiviti di Kampung Kok Pasir kepada masyarakat umum di seluruh                     negara.

 

5.         Membantu pelajar-pelajar mencari maklumat dan mendaftar secara online     berhubung kemasukan ke                  IPTA/Kolej dan membantu menyalurkan maklumat-    maklumat pendidikan terkini.

 

6.       Mengemuka kaedah yang lebih mudah untuk menjalankan perhubungan dengan       pihak tertentu dengan  menggunakan peralatan komunikasi yang canggih dan pantas.

 

7.         Berkerjasama dengan mana-mana biro GDW Kok Pasir dan mana-mana NGO di    mukim ini  dalam menjayakan    program mereka.

 

 

Matlamat Biro

 

1.         Menghubungkan silatulrahim antara pengguna ICT di mana sahaja mereka    berada.

 

2.         Mewujudkan masyarakat yang berpengetahuan dalam ICT dan berinformasi dalam talian komunikasi.

 

3.        Memberi peluang seluas-luasnya kepada masyarakat Kok Pasir dan kawasan sekitarnya menikmati kemudahan ICT dalam mencari maklumat-maklumat terkini.

 

4.        Memetakan Kok Pasir sebagai kampung bersejarah dan bermaklumat ke segenap             pelusuk dunia Melayu.

 

5.       Merangsang penduduk setempat dan seluruh masyarakat terutamanya di Negeri      Kelantan agar menyedari tentang betapa pentingnya penggunaan kemudahan ICT    pada masa ini dan masa akan datang.

 

6.         Menyedarkan masyarakat tentang betapa pentingnya Teknologi Maklumat dan         Komunikasi dalam mengharungi zaman globalisasi ini.

 

7.        Meneroka peluang-peluang perniagaan dan pemasaran produk setempat melalui    Internet.

 

8.        Mewujudkan Kok Pasir sebagai Desa ICT yang pertama di Daerah Tumpat dan       Negeri Kelantan.

 

Penggunaan Komputer dan internet di Kok Pasir

 

            Penggunaan komputer dan internet di Kok Pasir, walaupun pada tahap yang masih boleh dipertingkatkan lagi , namun begitu ianya telah dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh sebilangan penduduk kampung Kok Pasir.

 

            Sejumlah 33 buah keluarga di kampung ini memiliki sekurang-kurangnya sebuah komputer peribadi atau laptop di rumah masing-masing. Daripada jumlah itu sebanyak 16 keluarga di kampung ini menggunakan internet untuk pelbagai tujuan yang bermanfaat seperti mengisi borang online, pembayaran bill-bill , hubungi saudara mara yang jauh di perantauan , semakan keputusan temuduga , semak status kenderaan, memohon pekerjaan secara online, memohon tempat ke pusat pengajian tinggi dan sebagainya.

 

            Walaupun penggunaan ICT di Kampung ini masih di tahap  tidak  menyeluruh, tapi mutu penggunaannya adalah setanding dengan kawasan lain yang lebih maju malah Kok Pasir adalah antara yang terkedepan . Ini adalah berdasarkan kata carian   di google.com , yahoo.com , msn.com , altavista.com gigablast.com  dan beberapa enjin pencari utama yang lain dengan menggunakan kata carian “Kok Pasir”.

 

            Hingga kini dan pada masa akan datang, Biro ICT  telah dan akan terus berusaha untuk mempertingkatkan kadar celik ICT di Kampung ini termasuk berusaha untuk mendapatkan kemudahan dan bilik yang sesuai untuk menjalan proses ICT.

 

 

KEMUDAHAN ICT DI KOK PASIR

 

            Dalam usaha mengikuti arus zaman ICT yang bergerak pantas , Kg. Kok Pasir tidak ketinggalan atau terpinggir dari perkembangan zaman ini. Kg. Kok Pasir mampu bergerak seiring dengan pergerakan arus pemikiran globalisasi kini bebeberapa kemudahan telah disediakan di sini bagi mempercepatkan kadar celik komputer dan ICT di kampung ini  antaranya:

 

1.    Pusat Akses Komuniti SK Kok Pasir.

 

PENGENALAN

 

            Pusat Akses Komuniti Sk.Kok Pasir merupakan perintis kepada aliran penubuhan pusat-pusat PAK Daerah di Malaysia.Kewujudannya adalah hasil kerjasama pihak sekolah dan sumbangan dari Pusat Sumber Pendidikan Negeri Kelantan (PSPNK).Keseluruhan 7 buah komputer yang terdapat didalam pusat akses ini adalah sumbangan dari PSPN manakala sekolah menyediakan tempat dan beberapa kelengkapan lain disamping mengurus perjalanan operasi pusat ini.Walaupun dunia ICT pada amnya lebih didominasi oleh penduduk di bandar,namun dengan wujudnya Pusat Akses Komuniti sebegini akan membantu masyarakat kearah hidup lebih sempurna dan selesa.

 
 

JAWATANKUASA

 

CARTA ORGANISASI  PUSAT AKSES KOMUNITI SEK. KEB. KOK PASIR 

 

PENGERUSI                                    : TUAN HJ. HANAFEE B. YUSOFF

PENGERUSI BERSAMA   : TUAN HAJI ABD. HAMID BIN ABDULLAH

TIMB.PENGERUSI             : EN. CHE MAT ARIFIN BIN CHE JAEH

SETIAUSAHA                      : EN. WAN ZAMRI BIN W.IBRAHIM

PEN.SETIAUSAHA             : EN. EDIRAMLE BIN ISMAIL

AJK                                


 

            EN. W. HASHIM B. W. ISMAIL

            AZIZI B. ZAINUDDIN

            MOHAMAD SALEH B. MAMAT

            RIDHWAN  B. AHMAD RAFFIN

            RIZATUN AKMAN B. ZAID

            HASHIM B. ISMAIL

            SIDI AHMAD B. YUSSOF

            ZULKAFLI B. CHE WILL

            ZULKIFLI B. HASSAN 


 

CARTA ORGANISASI (DALAMAN) PUSAT AKSES

 

PENASIHAT                         : TUAN HAJI ABD. HAMID BIN ABDULLAH

                                                   (GURU BESAR)

PENGERUSI                        : TUAN HJ.AHMAD TARMIZI BIN MUHAMAD

                                                   (PENOLONG KANAN 1)

SETIAUSAHA                      : UST. IBRAHIM BIN MD SALLEH 

N.SETIAUSAHA                  : EN. MOHD ZABIDI BIN RAZALI

AJK

            EN. HUSIN B.AWANG    

            PN. W. ZANALIZA BT ISA      

            EN. ABD RASHID B. ABD RAHMAN

            EN. BIZURI B. JUSOH 

 

PENGGUNAAN PUSAT AKSES

 

            Sesungguhnya kewujudan Pusat Akses disekolah Sk Kok Pasir ini telah membawa bersama angin perubahan yang begitu ketara kepada masyarakat dan kakitangan di sekolah ini.Faedahnya bukan sahaja dinikmati oleh mereka yang telah tahu dan mahir it,malah lebih dari itu.Ramai dari kalangan individu yang sebelum ini tidak tahu tentang it ,telah mula berjinak-jinak dengan gerbang maya ini.Peratusan penggunaan meningkat dengan mendadak terutama sejak kebelakangan ini berbanding rekod penggunaan sehingga bulan april yang lalu(sila lihat carta). Berdasarkan kepada buku rekaod pengguna yang disediakan,jumlah pengguna sehingga MEI 2007 ialah seramai 1509 orang.

 

            Selain penggunaan untuk mengakses maklumat, Pusat Akses Komuniti SK Kok Pasir juga digunakan sebagai tempat perjumpaan ICT dan Kursus ICT. Pelbagai kursus komputer dan ICT telah diadakan antaranya :-

 

            - Kursus Asas Komputer

            - Kursus pengenalan Internet untuk Warga Emas.

            - Kursus mengakses internet untuk wanita.

            - Kursus membina blog untuk umum.

            - Kursus ICT untuk masyarakat umum. 

 

2.       Pusat ICT Kok Pasir ( PICTKP )

 [ pictkp@kokpasir.com ] 

 

            Pusat ICT Kok pasir telah diwujudkan pada 1 Januari 2005 menempatkan 5 buah komputer . Matlamat utama PICT Kok Pasir adalah untuk mewujudkan masyarakat Kok Pasir sebagai masyarakat yang celik ICT .

 

            Pusat ICT kok pasir menyediakan beberapa perkhidmatan secara percuma dan perkhidmatan bayaran istimewa. Selain menyediakan kemudahan menggunakan komputer, pusat ICT turut menyediakan sebuah Perpustakaan ICT Mini yang terbuka penyertaannya secara percuma kepada semua penduduk di Kok Pasir dan kampung-kampung  sekitar. Keahliannya adalah percuma .

 

Antara peranan yang dimainkan oleh PICT.

           

            - Membangunkan  beberapa laman web kampung.

            - Menganjurkan kursus-kursus komputer dan ICT.

            - Mewujudkan  komuniti perbincangan melalui egroup  di internet.

            - Menganjurkan perjumpaan ICT .

            - Pembelian melalui internet.

- Menyedia kemudahan untuk pelajar menyiapkan tugasan yang berkaitan dengan    penggunaan komputer 

 

3.         Makmal Komputer SK Kok Pasir

 

            Selain daripada kemudahan ICT perseorangan dan persatuan,Sekolah Kg. Kok Pasir juga kini telah dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran  sebuah makmal computer yang canggih dan dilengkapi dengan internet jalur lebar. Kemudahan ini telah dimanfaatkan oleh guru-guru dan pelajar demi untuk menyahut cabaran globalisasi ini 

 

            Berdasarkan kepada penggunaan ICT yang dimanfaatkan dengan sepenuhnya  di Sekolah Kebangsaan Kok Pasir. Adalah diharapkan dalam masa terdekat,  anak-anak Kok Pasir adalah di antara mereka yang terkedepan dalam perkembangan ICT  khasnya di Negeri Kelantan. 

 

4.         Pusat Akses Sekolah

         

          Selain Pusat Akses Komuniti dan Makmal Komputer, di SK Kok Pasir juga dilengkapi dengan Pusat Akses Sekolah yang menempatkan 10 buah komputer untuk kegunaan pelajar dan guru-guru Sek. Keb. Kok Pasir mengakses internet. 

 

5.        Medan Info Desa ( MID )

 

            Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah telah menyediakan sebuah Medan Info Desa bertempat di Kampung Kok Pasir dan kini dalam peringkat akhir pembinaannya dan akan dapat digunakan tidak berapa lama lagi bagi meningkatkan kadar celik ICT dalam kalangan masyarakat terutamanya masarakat luar Bandar sebagai mengurangkan jurang digital antara masyarakat Bandar dan luar Bandar.

 

            Diharapkan apabila siapnya MID ini, aktiviti-aktiviti seperti kursus komputer, ICT dan lain-lain berkaitan teknologi ini dapat dilaksanakan dengan lebih banyak serta berkesan demi kemajuan penduduk setempat. Keseimbangan penyebaran maklumat dan kepakaran antara setiap penduduk kampung mampu merealisasikan impian negara untuk melihat masyarakat Malaysia menjadi celik IT. Penggunaan internet akan mampu meluaskan pasaran produk dan seterusnya menjana peningkatan ekonomi penduduk melalui pengiklanan produk secara maya.  

 

AKTIVITI ICT DI KOK PASIR

 

1.         Laman Web Kok Pasir.

 

            Ke arah memetakan dan memperkenalkan Kok Pasir sebagai sebuah kampung yang bersejarah dan bermaklumat ke seluruh dunia Melayu, Biro ICT telah mewujudkan beberapa laman web khas Kampung Kok Pasir yang memuatkan pelbagai data-data sejarah dan gambar-gambar yang istimewa yang sesuai untuk dikunjungi yang terdapat di kampung ini.

 

                        Suluk   - Antara khazanah yang terpenting di Kok Pasir yang boleh                                                         diperkenalkan  kepda umum melalui ICT.

  Dibina di kawasan tanah perkuburan oleh Tok Selehor

 

Laman web yang dimaksudkan boleh dilayari menerusi  pautan berikut:

              i)        http://www.kokpasir.com      -           Laman induk

             ii)        http://kokpasir.yoll.net           -           Laman arkib

            iii)        http://kokpasir.isgreat.tv       -           Laman arkib

            iv)        http://kokpasir.bebto.com    -           Laman arkib

 

Kami juga telah mendaftar domain berserta web hosting  sebagai tapak untuk memulakan  perniagaan khasnya produk tempatan  di  internet melalui pautan http://www.e-kedai.biz 

 

            Kokpasir.com merupakan laman induk yang memuatkan pelbagai aktiviti serta gambar-gambar aktiviti yang diadakan di Kok Pasir. Ianya dikemaskinikan hampir setiap hari bergantung kepada maklumat terbaru di Kok Pasir. Laman ini dikunjungi kurang lebih 100 orang setiap hari yag terdiri daripada pelbagai pengunjung termasuk dari luar negara. 

            Kokpasir.com memainkan peranan yang besar terhadap memperkenalkan Kampung Kok Pasir ke mata umum terutamanya di negara ini. Pada masa akan datang, kok pasir.com dirancangkan sebagai sebuah laman web e-dagang yang memasarkan produk-produk yang dikeluarkan di kampung ini. 

 

2.            Mailing List (Egroups)

 

            Selain menghasilkan laman web dan weblog, Biro ICT dengan kerjasama Pusat ICT Kok Pasir  juga telah mengasaskan ratusan egroups khas di internet bertujuan untuk merangsang ke arah celik ICT, mahir ICT dan seterusnya melahirkan pakar-pakar ICT di daerah Tumpat khasnya juga Negeri Kelantan serta Malaysia  amnya. Antara egroup berkaitan dengan ICT yang  didirikan oleh biro ICT dengan kerjasama Pusat ICT Kok Pasir adalah seperti berikut :           

                        Egroups                                            Keahlian

            Kelantan-kita@yahoogroups.com              677 orang

            Tumpat@yahoogroups.com                        671 orang

            IT-Kelantan@yahoogroups.com                  202 orang

            Perintis@yahoogroups.com                          85 orang

            Pesisir@yahoogroups.com                         179 orang

 

Keahlian dikira berdasarkan keahlian egroup pada 27 Oktober 2007 dan ianya semakin bertambah dari masa ke semasa.  

 

            Selain itu Pusat ICT Kok Pasir juga menubuhkan lebih 250 egroups di yahoogroups dan googlegroups yang membincangkan pelbagai bidang khusus seperti ICT, Sastera, Astronomi, pendidikan, keagamaan dan juga perniagaan. Sebahagian daripadanya boleh dilayari melalui pautan http://www.bukusiber.com/indexegroups.html

Semua egroups ini adalah terbuka penyertaannya.

 

Egroup telah berperanan sebagai tempat rujukan terhadap permasalah ICT dan tempat perhubungan silatulrahim antara mereka yang menggunakan ICT. Selain perbincangan secara maya peranan yang dimainkan oleh egroup secara nyata tahun ini ialah :-

 

a)         Perjumpaan Pakar-pakar ICT yang dianjurkan oleh Unit ICT KRT Kok Pasir , Pusat ICT Kok Pasir dan egroup Kelantan-kita di mana pada perjumpaan yang diadakan pada 18 Ogos telah dihadiri oleh beberapa pakar ICT dari USM , Pusat pembangunan ICT, Pegawai Maklumat Negeri dan beberapa pakar ICT yang mendaftar sebagai ahli egroup.

b)         Pada Hari Raya Ketiga iaitu pada 15 Oktober 2007 Unit ICT Kok Pasir melalui Kelantan-kita@yahoogroups.com  telah menganjurkan perjumpaan ICT bertempat di Pusat Pembangunan ICT Wakaf Bharu , selain sebagai perjumpaan Hari Raya ianya juga membincangkan tentang permasalahan ICT di negeri kelantan dan cara-cara mengatasinya. Pertemuan ini turut dihadiri oleh pakar ICT dari Mastech.com.my, dari HUSM, dan CGYhost iaitu syarikat pembekal hosting bumiputera yang berpusat di Kelantan. 

 

3.            E-mel Biro ICT

 

            Biro ICT Kok pasir juga telah menyediakan beberapa e-mel untuk menerima maklum balas dan maklumat dari pihak luar yang dapat dikongsikan sebagai maklumat yang terkini. Antara e-mel biro ICT ialah :-

           

              i)        info@kokpasir.com

 

             ii)        gdw@kokpasir.com

 

            iii)        biroict@kokpasir.com

 

            iv)        unitict@kokpasir.com

 

             v)        ict@kokpasir.com

 

vi)                kokpasir@kokpasir.com

 

Bagi menandakan Kok Pasir ke arah Desa ICT yang pertama di Kelantan Biro ICT juga mewujudkan papan tanda ICT di laluan jalan masuk utama kampung ini. 

 

4.              Membina papan tanda ICT

 

Biro ICT GDW Kok Pasir telah mendirikan sebuah papan tanda ICT di jalan masuk utama Kg. Kok Pasir, sebagai menzahirkan aktiviti ICT di Kok Pasir. 

 

Rancangan  Biro ICT GDW Kok Pasir

 

            Bertujuan ke arah merealisasikan matlamat yang digariskan, Biro ICT GDW Kok Pasir merancang untuk melaksanakan beberapa aktiviti yang berkaitan untuk dimanfaatkan oleh ahli dan Masyarakat umum seluruhnya. Antara aktiviti yang dirancangkan adalah seperti berikut:

 

1.         Mengemaskini Laman Web ( www.kokpasir.com )

           

            Bagi mengekalkan Laman Web Kok Pasir sebagai saluran maklumat  kepada masyarakat umum laman web itu akan sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa oleh webmaster laman dan moderator egroups.

 

2.         Adakan Kursus ICT dan Kursus Komputer  - 2 jam untuk setiap sesi.   

    

                        a.   Kursus asas pengendalian E-mel   

                        b.   Kursus asas Microsoft Word       

                        c.   Kursus Power Point                    

                        d.   Kursus Pengenalan  internet.         

                        e.   Kursus membina blog         

                        f.    kursus membina laman web.

 

3.      Mengadakan dan membantu mewujudkan email-email peribadi kepada orang ramai yang memerlukan untuk berhubung dengan anak-anak atau rakan taulan khususnya kepada masyarakat Kok Pasir. 

 

4.        Mengadakan kursus menerbitkan bahan-bahan bercetak dan CD melalui kemudahan penggunaan komputer dan juga pengumpulan maklumat daripada sumber-sumber internet.  

 

5.        Membuat siasatan dan soal selidik pengguna-pengguna komputer di rumah, penggunaannya dan penglibatannya dalan dunia ICT

 

6.        Mewujudkan satu dokumen literasi internet dan pengunaanya secara berkesan oleh penduduk Kok Pasir khususnya untuk dijadikan bahan sumber golongan yang memerlukannya.

 

7.         Menambah koleksi buku-buku rujukan dan bahan bacaan di perpustakaan mini ICT Kok Pasir.

 

 

Kekangan Dan Permasalahan

 

Beberapa perancangan dan aktiviti yang dijalankan kini masih terdapat rintangan berbentuk kemudahan talian internet berkelajuan tinggi. Untuk masa ini kampung ini dan kawasan sekitar masih belum mendapat talian telefon tetap yang mencukupi dan paling mendukacitakan sehingga ke hari ini liputan streamyx dan 3G belum disediakan sini.

 

Sambungan ke internet yang digunakan sehingga kini adalah schoolnet dan dial up yang masih belum memadai untuk penggunaan yang serius ke arah mempercepatkan perkembangan ICT di sini dalam jangka masa yang lebih singkat.

 

Sebaliknya kesedaran masyarakat Kok Pasir terhadap perkembangan ICT adalah cukup membanggakan.

 

Disediakan oleh Biro ICT GDW Kok Pasir.

 

http://www.kokpasir.com

 

ediramle@kokpasir.com

 

 

November  2007