Menu

 

   Maklumat Kampung

   Profil Kampung Kok Pasir
   Pengurusan Kampung
   Pendidikan
   Ekonomi
   Keceriaan dan Keindahan
   Kesihatan dan Kebersihan
   Kerohanian dan Sivik
  Teknologi Maklumat
  Tabung Khairat

   Organisasi GDW

   Biro-Biro GDW


   Pautan

   Kokpasir.com 

   Pesisir.net

   SMK Berangan

   Keluarga Wan Nuh

   Giantproduct
   E-kedai.biz


   Laman /Blog  Sahabat
   Manzaidi
   Anuar Musa
   Hashim Latiff
   Eziz Shukman
   Zakaria Busu
   Tintarona
   Wazam
   Nazmi
   Ramo
   Ejoe
   Perintis
   Pusat Pembangunan ICT
   
  
  Pautan untuk rujukan
   Akhbar Online



Free shoutbox @ ShoutMix

 

ASPEK EKONOMI

 

Organisasi  (Untuk lihat Carta organisasi Aspek Ekonomi sila klik di sini)

 

 

Matlamat

 

Menyahut seruan kerajaan meningkatkan ekonomi masyarakat kampung dalam bidang pertanian, penternakan, industri, perniagaan dan keusahawanan. 

 

Objektif

 

1.                  Meningkatkan sosio-ekonomi dan taraf penduduk .

 

2.                  Mengubah corak pertanian/ penternakan tradisi kepada pertanian/ penternakan moden dan komersil.

 

3.                  Memberi galakan dan bantuan kepada penduduk untuk merebut kekayaan negara dalam bentuk ekonomi.

 

1.       Pertanian

 

            Kampung Kok Pasir dikurniakan tanah yang subur sesuai untuk aktiviti pertanian. Kira-kira 111 ekar kawasan daripada keseluruhan keluasan kampung digunakan untuk kegiatan ini. Sebahagian besar penduduk kampung ini menjadikan pekerjaan petani sebagai pekerjaan utama. Justeru, tidak hairanlah pertanian sebagai penyumbang utama kepada sumber pendapatan penduduk kampung.

 

   1.1    Tanaman padi

 

 

Aktiviti penanaman padi adalah kegiatan ekonomi utama penduduk kampung berasakan pertanian. Ia merupakan antara pekerjaan utama penduduk kampung bagi menyara kehidupan seharian. Kawasan sawah padi yang luas di laluan masuk/ keluar kampung dan di hulu kawasan kampung diusahakan oleh penduduk untuk menanam padi secara dua kali setahun. Penduduk kampung mendapat bantuan daripada KADA, FAMA, Pertubuhan Peladang dan lain-lain agensi kerajaan yang berkaitan.

 

  1.2     Tanaman kelapa

 

Kawasan kampung yang berpasir amat sesuai untuk tanaman kelapa. Penduduk kampung menanam kelapa secara kecil-kecilan di kawasan tanah hak milik masing-masing sebagai sumber pendapatan sampingan. Kebanyakan buah kelapa dijual kepada pemborong dan kedai santan segera di kampung ini.

 

  1.3     Tanaman pisang 

 

Selain itu, ada juga penduduk kampung yang mengusahakan tanaman pisang. Lebih kurang 300 pokok pisang ditanam pada tanah yang berkeluasan 1.15 ekar.

 

  1.4     Tanaman Depu ( Karas )

 

 

Penyemaian pokok depu ( karas ) melibatkan 1,000 benih anak pokok. Setiap satu ekar dapat ditanam sehingga 400 pokok. Tanaman depu diusahakan oleh Timbalan Pengerusi GDW Kok Pasir, Tuan Hj Che Kasim Husain.

 

1.5             Tanaman Lain

 

            Tanaman-tanaman seperti tebu, ubi kayu, salak dan buah-buahan tempatan juga ditanam oleh penduduk kampung. Semua tanaman ini tidak diusahakan secara komersil kerana tahap kesesuaian tanah yang rendah dan hanya untuk keperluan keluarga sahaja.

 

2.       Ternakan

 

  2.1     Ikan Air Tawar ( Sangkar )

     

     

Diusahakan oleh dua orang penternak ikan yang diternak secara sistem sangkar dalam sungai. Ikan diternak dari jenis Talapia, Patin dan Keli. Ternakan ikan diusahakn secara komersil dan dipasarkan dipasaran tempatan.

 

 

  2.2     Ayam Kampung        

 

      Diusahakan secara komersil oleh seorang pengusaha dengan jumlah ternakan 200 ekor mengikut sistem reban atas tanah. Selain itu, ada penduduk kampung yang menternak ayam kampung sebagai sumber pendapatan sampingan iaitu dengan menjual kepada pemborong ayam kampung apabila ayam matang.

 

 

2.3       Lembu

 

            Dipelihara oleh beberapa orang penduduk kampung sebagai sumber pendapatan sampingan selain untuk memenuhi permintaan semasa perayaan Hari Raya Korban, majlis kenduri perkahwinan dan lain-lain. Sebanyak 190 ekor lembu diternak disini.

 

2.4       Kambing dan Bebiri

 

            Dipelihara secara kecil-kecilan oleh beberapa orang penduduk kampung bagi memenuhi permintaan domestik kampung sahaja. Sejumlah 170 ekor kambing dan

biri – biri diternak di kampung ini.

 

3.       Perniagaan

 

1.         Kedai runcit                                                               8 buah

2.         Kedai kopi                                                                 7 buah

3.         Kedai gunting                                                            1 buah

4.         Kedai memproses ayam daging                                3 buah

5.         Kedai santan segera                                                1 buah

6.         Kedai harware - alatan binaan                                  3 buah

7.         Gerai burger                                                              4 buah

8.         Gerai sayuran/ barangan basah                               3 buah

9.         Pasar malam                                                             1 buah ( 25 gerai )

10.       Pemborong buah kelapa                                           5 orang                                              

 

4.       Perindustrian/ Perusahaan anak tempatan

 

1.                  Perusahaan kuih                                                     5 buah

2.                  Perusahaan batu blok/ tiang ukir                             1 buah

3.                  Perusahaan perkayuan/ papan lapis                       2 buah

4.                  Perusahaan jahitan/ sulaman                                  7 buah

5.                  Bengkel membaiki kenderaan/ motorsikal                5 buah

6.                  Katering                                                                   2 buah

7.                  Penyewaan kerusi/ meja/ kanopi                             1 buah

8.                  Bengkel welding                                                       1 buah

9.                  Bengkel batik                                                            5 buah

10.             Sewaan jentera berat                                                1 buah

11.             Perusahaan peralatan pengkebumian                      2 buah

12.             Perusahaan batu bata                                              6 buah ( luar kawasan )

13.             Perusahaan perabot                                                 1 buah ( luar kawasan )

14.             Kontraktor                                                                  3 orang

 

5.       Perusahaan Kecil dan Sederhana

 

5.1     Makanan

 

Syarikat Selehor Murni Enterprise

 

  • Diusahakan oleh Ramlah bt Ismail

 

  • Produk dikeluarkan

 

    • Sos Cili                                  -           RM 1.80

    • Pencicah                                -           RM 1.80

    • Cuka                                       -           Besar  ( RM 0.80 ), Kecil  ( RM 0.30 )

 

  • Tenaga pekerja seramai 4 orang tempatan

 

5.1.1   Pemprosesan

 

Pengusaha telah menggunakan mesin dalam memproses produk yang dikeluarkan. Cara proses, lada hitam dicampur bawang putih dan air, dimasukkan dalam mesin. Kemudian garam dan gula serta kanji dimasukkan ke dalam bahan yang dimesin. Bahan dikacau hingga sebati dan siap untuk dibotolkan.

 

5.1.2   Pemasaran

 

Produk keluaran syarikat ini telah dipasarkan di sekitar daerah Tumpat, Kota Bharu, Pasir Mas dan Bachok. Syarikat telah menggunakan pemborong untuk pemasaran produk secara menyeluruh.

  

5.2       Batu-Bata

 

5.2.1   Pengusaha

 

·        Diusahakan oleh beberapa orang pengusaha, antaranya :-

 

 

  Hj. Muhammad bin Yusoff

                        Industri bata tanah

                        Pekerja seramai 18 orang

 

  Zulkifli bin Mohd Nor

            Industri bata tanah

            Pekerja seramai 7 orang

 

 Che Kob bin Muhammad

            Industri bata tanah

            Pekerja seramai 10 orang

   Zukri bin Mohd Nor

            Industri bata tanah

            Pekerja seramai 5 orang

 

  Hj. Shamsudin bin Hj. Yusoff *

            Industri bata tanah

            Pekerja seramai 20 orang

 

   Hj. Mohd Noor bin Hj. Yusoff *

            Industri bata tanah

            Pekerja seramai 15 orang


 

 

Hj. Shamsudin dan Hj. Mohd Noor telah meninggal dunia dan kilang batu-bata tersebut kini dikendalikan oleh anak-anak Allahyarham.

 

 

5.2.2   Pemprosesan

 

Dalam membentuk tanah liat menjadi bata tanah berbentuk empat segi, penggunaan teknologi mesin memprosesan diaplikasikan secara sepenuhnya, tetapi cara pembakaran masih lagi secara tradisonal iaitu dengan memasukkan bata ke dalam kebuk pembakaran yang dinyalakan api di sisinya dan dikawal nyalaan api oleh beberapa orang pekerja untuk mendaptkan hasil bata yang baik dan tahan lama.

 

5.2.3   Pemasaran.

 

Permintaan dan penawaran bata tanah masih lagi tinggi untuk memenuhi pasaran dalam industri pembinaan. Bata tanah ini telah dipasarkan ke seluruh negeri Kelantan.

  

6.       Pelancongan

 

6.1       Suluk

 

            Suluk berpotensi diperkenal dan dijadikan salah satu destinasi pelancongan terutama di daerah Tumpat bagi pelancong yang ingin mencari kelainan dalam aktiviti pelancongan mereka. Terdapat tiga buah suluk di dunia iaitu di Moroco, Acheh dan Malaysia ( Suluk Tok Selehor, Kg Kok Pasir ).

 

6.2       Home Stay - Darul Hanan

 

            Tempat yang sesuai untuk penganjuran kursus terutama kepada pelajar sekolah. Kawasannya yang menghijau dan menghadap sungai mendamaikan lagi keadaan untuk para pelajar memeberi tumpuan kepada kursus yang diikuti. Tempat ini lengkap dengan segala kemuduhan infrastruktur seperti surau, bilik penginapan, audio dan dewan besar.

 

 Rumusan

 

            Sumber kekayaan ekonomi kampung yang diterokai oleh penduduk telah memberi kesinambungan kepada kelangsungan hidup masyarakat. Ia mampu menyumbang ke arah kemajuan kampung.

 

            Taraf sosio-ekonomi kampung dapat ditingkatkan dan dinaiktaraf jika penggunaan teknologi moden diaplikasikan sepenuhnya dalam perusahaan, perindustrian dan pertanian di kampung ini. Pendapatan per kapita penduduk akan bertambah baik jika aspek ekonomi ini disokong sebaiknya.

 

  

© BIRO EKONOMI GDW KAMPUNG KOK PASIR//07